Friday, December 26, 2008
Aku dan Demam
hari ni aku nk bercerita pasal aku dan demam...sejak 2-3 menjak ni aku senang sekali kena demam..pastu klu demam tu siap muntah2 yg teruk sekali...makan ubat pun abis kluar...
smlm n hari ni aku demam lg. smlm siap muntah2 sampai pukul 3 am...dan perkara demam2 ni aku kena slalunya klu aku balik dr t'ganu n drv, mmg sure aku kena demam tu. tp klu balik naik bas xde pulak nk kena.
hr ni hubby pegi keje. aku pulak x perasan bila masa hubby pegi keje. sian hubby.
pastu hr ni aku rasa terhutang budi betul pada mak mertua aku. mula2 dia sediakan air ubat liqua health..lps minum air tu, aku sambung tdo.
bangun dr td, mak mertua dh masakkan bubur nasi. dia siap sediakan air panas dalam termos utk mudahkan aku makan ubat lps makan nnt. siap makan bubur n ubat, aku ingat nk sambung tdo. tp tidak...!!! mak mertua aku bw 2 biji telur utk aku...tp bukan utk makan ye..
telur tu mak mertua aku golek2 atas bdn aku...half naked aku dpn mak mertua aku. aku punya la malu..malu...tp mak mertua aku dgn selamba je kata buat ape nk malu..semua org ade...hah...kena sebijik atas batang hidung aku yg comel ni. abis je dia golek telur tu atas bdn aku, dengan berhati2 mak mertua aku pecahkan telur tu (telur tu telur yg masak penuh, masak dgn api kecil selama 30 min). korang nk tau ape ade kat dlm telur tu? jeng jeng jeng.....
dalm telur tu mesti la ade kuning telur..tp kat ats kuning telur tu, ade biji2 kecik yg menggerutu...mak mertua aku kata klu xdemam or sakit, telur tu mcm biasa je, licin. tp klu sakit or demam, mmg kuning telur tu akan menggerutu...hmm xtau nk percaya or tidak...tp lps dia buat mcm tu aku rasa lega...betul la...ubat tradisi ni kadang2 mujarab...bukan hospital or klinik je yg boleh mengubat org...
utk mak mertua...terima kasih banyak2...jasamua ku kenang. sayang mak mertua
Monday, December 15, 2008
Adik2 dan catur bistari
Players belenggeng (k chik xde dlm gambar sbb dah muflis). Dari kiri adik, aqib, ulum, aril dan ulum. Utk perhatian...adik tu cuma pemantau je
Wednesday, December 10, 2008
Raya Puasa 2008
Gambar mak bersama2 anak2 perempuan. Dari kiri atas aku, Mak kesayangan, dan Iting. Dari bawah kiri Aina (isteri Sina), Mai dan Didi.
Friday, December 5, 2008
My Xia Bu Tian...
Berjaya...
- Peristiwa pertama, aku simpan cheese n butter utk kek ni kat dalam freezer...so masa nk start masak tu, cheese n butter tu masih keras kekong. Julia punya la marah kat aku. Dia kata inilah penyebab kek slalu x jadi sbb ade air dlm adunan. (Aku buat muka kesian la sbb mana aku tau xboleh letak cheese n butter kat tmpt paling sejuk tu). So kena la kitorng tunggu lama supaya cheese n butter tu ikut suhu bilik. Dan yg paling penting x keras kekong mcm batu bata.
- Peristiwa kedua, ni pasal cheese lg. Masa nk mix cheese dgn telur n gula, mixer yg aku guna boleh patah pulak. Adui...puas kitorg suma gelak guling3 sbb xpernah t'jadi mixer patah masa nk mix bahan. Dah la tu mixer Mala, hadiah kawin dia dlu. Tp Mala cool je...dia kata xpe- alaaaaa mixer cap ayam je. hehehe...at last aku pukul adunan tu guna alat yg aku pun xtau ape namanya ntah. penat weh nak mengacau adunan tu. Ok abis satu part.
- Peristiwa ketiga, oleh kerana aku dh patahkan mixer Mala, so aku kena pukul adunan bahagian B guna alat yg aku xtau nama tu sekali lagi. Dan ni mmg kes naya. Ye la nk pukul telur n gula sampai kembang. Tumbuh muscle lengan aku. Nasib baik Julia sekali lg membantu aku dlm hal ni. Dan akhirnya sekali lg adunan ni berjaya kembang dengan bantuan Julia.
- Peristiwa keempat, lepas aku combined semua adunan td, n dh masukkan dalam loyang (nak bakar kek tu la), oven yg diguna senget sebelah pulak api dia (lol guling5). Mana taknya, letak oven atas mesin basuh yg dh x boleh guna tu. Tu yg senget oven tu. Risau jugak kek masak sebelah je kang...tp xpe tawakal je la. Dengan suhu 140 darjah dan 1 jam masak (api bwh saje, Julia kata), kek tu pun dibiar masak.
Sejam tunggu dengan aroma kek yg kuat...alhamdulillah kek aku berjaya masak dengan sempurna sekali. Lepas siap masak n mengemas dapur Mala( peristiwa ini berlaku di rumah Mala sbb dia empunya semua peralatan memasak dan aku menyediakan bahan2 memasak), kek dibiar sejuk dulu. Keesokan harinya, aku bawa kek tu ke opis untuk santapan pagi. Alhamdulliah kek tu sedap. Kwn2 aku pun puji kek tu sedap. hehehe kembang semangkuk jugak la aku bila dipuji mcm tu.
Julia kata jgn pulak lps ni x masak dah kek tu. Resepi dah ade so aku kena masak lg biar expert betul2. Lps ni nk cuba masak kek yg lain pulak. Aku kena belajar masak kek sbb hubby kesayangan aku suka makan kek. Aku akan berusaha, ciayo q(^0^)p....buat Julia, Mala dan Fini thanks sbb membantu merealisasikan impian aku utk belajar masak kek *winks
p/s: Sayang, i akan cuba belajar masak makanan kegemaran u.
Thursday, December 4, 2008
"Tag : Ngam! Belaga Angin!"

- Dia ddk dpn aku je kat opis ni. So kitorg slalu buat perkara "evil" sama2.
- Dia jiran sblh rumah sewa aku. So kalau aku nk minta tlg dia tgk2 kan baju yg aku jemur (kalau aku blk jhr) senang :D
- Kalau aku malas drv kete aku tumpang dia je..dia pun sama, kalau husband dia kena buat kerja luar, aku la yg jadi drvr dia dan tlg hntr anak2 dia kat taska
- Dia tu rakan sepemakanan aku. kalau aku lapar, dia mesti teman aku beli makanan dan makan sekali dgn aku (wlwpun dia dah kenyang).
- Dia slalu dgr ape yg aku bebel bila aku x puas hati. Biar la aku bebel lama mana pun dia tetap dgr.
- Baik hati orgnya. Bila aku x balik jhr, dia mesti hulur makanan yg dia masak or beli kat aku. Dan dia x berkira pasal duit pun.
Sebab2 yg lain tu ade lg tp aku xtau nk terjemahkan macam mana. Cuma mcm aku cakap td, aku xtau nk declare dia sbg ngam or belaga angin or "kacip" dengan aku sbb aku rasa lps ni, kalau aku pindah or bertukar tmpt kerja dia akan jadi mcm kawan2 rapat aku dulu atau x. hmmm susah jugak nk dpt org yg phm kita dan kita phm org tu kan? Cuma buat kawan2 yg pernah rapat dgn aku dulu, aku x pernah lupa dgn korng. Dan maaf sbb slalu kacau korg dgn calls or messages yg slalu aku buat kat korg (wlwpun calls n messages aku tu x berbalas- aku assumed korng sibuk sangat). Aku nk minta maaf kalau aku ade buat salah kat korg.
Buat Maslina(kwn sekolah rendah aku), Qim, Mai, Ogy, Sam, Mar dan Mas (kwn kat SMKABP), Sara (kwn masa Matrikulasi), Kak Fir (kwn masa degree), Julia (kwn masa masters) - aku x pernah lupa korg...aku rindu masa kita berkawan dulu. tp aku tau masing2 sibuk dgn dunia masing2 skrg ni. Samalah mcm aku, aku pun sibuk dgn dunia aku dan aku tetap akan cari masa utk cuba call or message korng wlwpun aku tau aku ni penyibuk je hehehehe...
Wednesday, December 3, 2008
Macam mana nih..?

Tuesday, November 25, 2008
Happy 1st Anniversary to ME n HUBBY

Rindunya nk jumpa. Rasa mcm nk suruh hubby dtg je mgu ni. Tp 2 mgu berturut2 hubby dtg cni. Kesian pulak kat dia. Lgpun hujung2 bulan ni dia bz nk siapkan report keje dia. Aduiii...tahan je la sampai raya haji nnt. Alhamdulillah dpt cuti dr hr jumaat-selasa. 5 hari tu...yeayea...
Buat sayang....moga cinta kita berkekalan selamanya.
"Ya ALLAH, terima kasih di atas segala nikmat yg Engkau berikan padaku dan suamiku. Perkukuhkanlah ikatan cinta kami dan perdalamkanlah cinta kami terhadapMu. Hanya kepadaMu aku memohon pertolongan." Amin
hmmm xde gmbr baru la nk upload...ni nk bg gmbr hubby aku masa shopping2 dlu. Tgk mcmn dia bw troli tu...cute kan?
Monday, November 10, 2008
Rajuk Hati...? Dah tak dah...

Tuesday, November 4, 2008
Rajuk Hati...
Semuanya sbb aku rasa suami semakin jauh dr aku. Alasannya kecil saja, aku rasa suami lebih mengutamakan keluarganya berbanding diri aku. Bercakap di telefon pun jarang2, kalau bercakap pun sekadar bertanya perkara yg biasa2 sahaja...U sihat? Buat apa hari ni? Ada kat mana?...Berbual pun sekejap sahaja...tiada yg menarik. Akhirnya aku senyap dia senyap dan mulalah aku rasa sedih...Aku pula bila dh start sedih mesti mengalir air mata. Dan padah yg aku bakal terima kalau menangis bila bercakap dgn suami ialah suami makin marah pada aku kerana bg masyarakat Cina menangis membawa 'suwey'...Sedangkan bg aku yg cengeng ni, menangis bagi sedikit kelegaan. Memanglah menangis x boleh mengubah apa2 tp yg penting aku rasa lega.
Dan hujung minggu ni, hari Sabtu 8/11/08, company suami akan membuat trip ke Bali. Satu lagi kerunsingan bg aku. Makan minum dia kat sana. Sembahyang dia lg. Bagi aku tiada kompromi dalam hal begini. Aku berharap sangat sayang aku tu ingat tntg semua ni. Bukan aku x percaya pada dia, tp rasa sangsi dan runcing pd tindakan dia tu x bertepi. Terus terang aku TIDAK PERCAYA DENGAN KAWAN2 SUAMI AKU. Bagi aku mereka manusia kejam, suka menangguk di air keruh. Mereka tahu suami aku Muslim tapi mereka semakin suka menarik suami aku mengikut cara mereka. Bukan aku x tahu kat mana suami aku makan selama ini (wlw pun bila aku bertanya pd suami, dia kata dia x makan 'daging' tu, tp rasionalnya mereka menggunakan periuk dan bekas makanan yg sama).
Untuk bercakap sendiri dgn suami, aku rasa x mampu. Aku x mahu sayang aku rasa aku terlalu mengongkong dia, sedangkan niat aku hanya satu. Aku mahu hidup bahagia di samping suami. Aku mahu suami yg dapat membimbing aku dan dalam masa yg sama aku membimbing suami dalam hal2 yg dia tidak tau. Aku mahu suami menjadi imam dalam keluarga. Aku tahu impian aku ni tinggi tapi aku yakin aku akan dapat mengecapinya satu hari nanti. Kerana aku percaya, ujian yg ALLAH turunkan pada aku ini semata2 untuk menguji keimanan aku dan suami, dan juga menguji kecintaan aku pada-Nya dan pada suami aku.
"Sayang..jika sayang baca coretan hati ini, ingatlah saya x pernah lupa pada sayang. Saya mahu yang terbaik untuk diri sayang dan saya. Ingatlah semua pengorbanan yg kita berdua lalui untuk capai semua ini. Jangan hampakan saya"
Tuesday, October 14, 2008
Ticker...daisypath

Sunday, October 12, 2008
Aku dan Keje II
lgpun penat drv smlm dari jhr ke dungun x habis lagi...dah la drv sorg2 hubby xdpt teman sbb dia keje...so lagi la bertambah penat...dan yg lg penatnya adalah bendera jepun aku dtg la pulak....dah lewat 2 minggu....ingatkan ade "ape2"...rupa2nya masih belum ade "ape2"...xpe la...belum ade rezeki lagi.....ALLAH belum berkehendak utk memberi aku zuriat dalam masa terdekat ni...
lagipun aku kan ddk jauh dr hubby, so mungkin itu salah satu hikmah yg aku kena redha...
so, minggu ni kena siapkan dan kemaskan semua fail2 yg ade...maklumlah hari khamis ni dah start audit dalaman...payah betullah audit2 ni...pastu bulan 11 ni pulak ade audit sirim...lagi la payah...dunia...dunia...
tp dalam dok mood bercuti lagi tu, aku masih mampu menyiapkan fail aku..ye la, sblm cuti tu aku dh siapkan fail aku..so td touch up la mana2 yg terkurang tu. siapkan PB, isi borang kehadiran dan lain2 la...meja aku pun dh kemas dah. xde lagi kertas assignments n reports stndt. semua dah beres ditanda dan diberi markah.
dan seperti biasa, bila dah nama raya mesti ade kuih raya. kawan2 semua bw kuih raya dari kampung masing2. aku pulak, sebelum sampai dungun tu singgah jap kat kijal, beli lemang 4 btg. ptg ni ada pot luck..hihi...makan je...
*p/s: bila nak ganti pose ni..?
Wednesday, October 8, 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Cuma yg agak kurang best ialah aku demam dari hari sabtu 27/9 sampai hari khamis 2/10...lama tu aku kena demam. batuk, selsema dan demam panas. so raya ni aku xde la menolong sangat utk persiapan raya kat rumah mak. banyak terbaring je n tolong makan je. suami la yg paling kesian sekali, dia risau je sbb aku x pernah demam macam tu. lgpun kat sini tgh hot musim demam "cikukunya"( aku pun xtau la betul ke x ejaan tu). Alhamdulillah aku x tergolong dalam demam mcm tu...
dan paling seronok ialah aku masih dapat makan rendang n ketupat. Sate adik2 aku bakar pun aku dapat rasa jugak. pastu masih dapat gi shopping baju raya dalam dok demam2 tu...n masih dapat beraya kat rumah sedara mara ayah. n yg paling syok masih dapat duit raya dari mak ayah...hihihi...
gambar raya xde la...semua dalam camera iting...so utk semua Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin utk semua...
Sunday, September 21, 2008
Raya...
tahun ni peruntukan untuk raya pun besar juga....utk 6 org adik n anak sedara 2 org...tp ade sorng lg anak sedara sblh hubby...mother in-law pun ade kat johor....hmmmm? perlu ke diperuntukkan sedikit ang pow pada dorg....:D..? hubby kata x payah sbb chinese new year dia yg bagi....hehehhe....tgk la mcmana...
Alhamdulillah gomen baik hati bagi bonus tahun ni...so boleh la bagi lebih ckit pada mak n ayah...pastu nk beli baju raya, baju raya belum beli lagi...hubby kata raya ni dia nk baju rona biru tua...nnt la. balik jhr ni baru nk pi ronda jb, cari baju n kuih raya. maklumlah ini tahun pertama sambut raya sebagai isteri :D
aduh.....dh xde mood nak kerja ni...4 days b4 holidays...
Sunday, September 14, 2008
Tobacco or Tabasco
Tobacco? ke aku salah dgr? tp bdk tu ulang 3 kali cakap tobacco sauce...
nk senyum jugak aku dgr...tp kontrol je la...at least dia cuba jugak ckp engrishhhh....aku ni nk gelakkan orang pun 2x5 juga...bukannya pandai pun...
hihi....penangan pizza masa buka puasa semalam...full house...aku n suami terkedu kat dpn pintu kedai pizza tu...dh la nk azan dah, penuh la pulak...tp bila Allah dah tetapkan rezeki utk hubby n aku b'buka puasa pizza, maka dpt la juga aku mkn...ade satu meja lg kosong...dan kerana meja kosong tu la aku dgr tobacco. rasanya budak uitm segamat kot...ramai bebenar...riuh semacam je.
puas makan pizza....kongsi2 dgn hubby nyum2...makan deli wings sekali n spaghetti(tp x sedap sgt la)....
*tp hubby dh balik jhr semula...waaaaa
Monday, September 8, 2008
Hubby Sesat
pastu dh masuk exit shah alam-puchong dia call lg...dia kata dh nmpk sign board puchong...gembira je aku dgr suara dia. aku ucap alhamdulillah...tp x sampai 10 min dia call balik...dia kata dia dah sesat...xtau kat mana dia masuk td...yg pasti dia kata dia keluar exit bukit puchong...aduhhh...mcmn ni...kesiannya...aku pun sruh dia keluar ikut jln yg dia masuk td...dia kata ok...nnt dia keluar or call kwn dia tu...tp x sampai 5 minit dia call semula....nape pulak ni? rupa2nya dia dh sampai kat petrol station dekat dgn taman perumahan kwn dia tgal tu...alhamdulillah lega aku dgr...
td lps dia habis discussion dia call aku. dia kata lps ni dia dh boleh bawak aku pi jln2 guna kete ke kl especially ke klcc sbb Ranhill office tu dekat je dgn klcc.....hihihi...gembira aku dgr...mesti korang x percaya yg hubby aku tu x pernah drive pusing kl...tp itu la kebenarannya...hihi...ape2 pun aku bangga dgn dia...dlm dok kancung2 tu akhirnya dia sampai jugak ke tmpt yg dituju...ni dia dlm perjalanan balik ke jhr...
"Ya ALLAH...selamatkan dan permudahkanlah perjalanan suami aku" Amin
Sunday, September 7, 2008
Sakit tulang belikat
masuk hari ni dah 3 hari aku sakit tulang belikat. xtau la nape. nak kata kurang kalsium, rasanya puas dh aku togok susu anlene la, hl la, vitagen la, minum brand (pati ayam) la....tp still sakit lg...aduh...x selesa betul.
nak mengadu pada suami, tp x jadi sbb xnk dia risau. Hubby tu bukan boleh dgr aku sakit atau x sihat...mula la dia risau semacam je...dh la ddk jauh...x nk la risaukan hati dia...kesian dia...biarlah dia tenang je kat sana...boleh dia buat keje dia dgn senang hati.
puas juga tanya kwn2 klu2 dorng ade idea nk makan ubat ape2. tp semua kata kurang kalsium tu...aduhhhh....
xpe la...balik jhr nnt nk gi klinik la dgn hubby (tu pun klu masih sakit lg)....x pun nk minta hubby belanja belikan vitamin ke ape2 ke....heheheh...kedekut duit betul minah sorang ni...
Wednesday, September 3, 2008
Puasa, Suami dan Sahur...
Ramadan menjelang lagi...hari ni hari ke-3 umat Islam mula berpuasa...menunaikan rukun Islam yg ke-3...dan tahun ni adalah tahun pertama utk aku dan suami menjalankan ibadat yg mulia ni bersama2 (wlwpun tahun yg ke-2 utk suami sejak dia converted to Islam last year).
Perkara yg membuat aku teruja utk bercerita kpd anda semua adalah pengalaman sahur buat pertama kalinya bersama suami tercinta. Aku menyambut 1st Ramadan di Dungun, Terangganu. dan yang terindah sekali adalah suami sanggup datang sini utk menyambut puasa bersama2.
Malam pertama Ramadan (belum puasa lagi)...aku dan suami beli McD utk sahur...sebelum tido tu, aku dh siap set alarm pd jam 5 am. Tepat jam 5 am, aku bangun menyiapkan makanan bersahur...masak air panas (in case hubby nak minum air panas) n kejutkan dia utk bersahur. Tengok dia mengantuk n tido sambil duduk mengingatkan aku pada keletah adik2 aku masa kecil dulu (mcm tu la mak aku kejutkan mereka utk sahur). Nampak comel bila nampak hubby makan dlm keadaan separuh sedar tu...tp habis jugak Mc chicken (dgn bantuan aku yg kuat makan) n air suam bergelas2...xpe la, yg penting hubby kenyang n x letih n dapat menunaikan ibadat puasa dengan sempurna.
Malam tu, utk berbuka hubby pilih nk makan KFC. Aduiii aku ingat nk mkn ikan ke ape ke...xpe la...yg penting hubby happy. Nampak dia makan dengan beria2...abis satu set dinner plate...yea yea...hubby berjaya menunaikan puasa dia yg pertama. Alhamdulillah syukur padaMU ya Allah...
Hari ke-2 bersahur...menu mcm semalam juga, cuma tukar McD dgn kek gulung lonbisco...tp sedih sbb start esok aku kena sahur sorang2...hubby nk balik johor.Kena keje la...xpe...aku akan kejut dia sahur setiap pagi...
Harapan aku agar suami berjaya menjalankan ibadat puasa dia dengan sempurna...maklumlah ini adalah perkara baru dalam diari hidup dia sebagai seorang muslim. Apa2 pun i'm proud of u sayang...in case u read this.
"Ya ALLAH...jgn la Kau bolak balik kan iman aku dan suamiku setelah Kau berikan kami rezeki yang terindah ini"
Wednesday, August 13, 2008
Dungun-Johor-Perak-Dungun-Johor
Thursday, August 7, 2008
Alhamdulillah
Tuesday, August 5, 2008
Pasrah...
Kereta myVi comel aku accident di awal pagi. waaaaa....sedihnya...abis patah side mirror kereta aku sblh kiri...waaaa...sedihnya...
tp yg bersalah dalam hal ni pun aku jugak...semuanya akibat salah parking kereta smlm. smlm aku parking kereta dalam garaj tu hampir sangat dgn tiang rumah. aku dah perasan dah tntg tiang tu masa nk reverse kereta pagi td. dan yg aku pasti...aku dah amik site dah masa nk reverse kereta pagi td...tp betullah...Tuhan nak menguji aku lagi...krakkkkkk.....patah riuk side mirror kiri kereta comel aku tu...waaaa....aku terkedu. macam tak percaya aku tgk, t'kulai layu side mirror tu...waaaaa...sedihnya aku.
so pagi ni t'paksa tumpang housemate aku yg baik hati Fini. sampai je ofis aku mintak tlg kawan tlg survey harga utk nk pasang balik mangsa comel tu...tp masya ALLAH mahal betul...puas dia dan aku telefon n survey kedai accessories kereta n pusat servis perodua yang ade. nak tau berapa kos nak baiki cermin comel tu...? hampir rm500 utk sebelah cermin sisi tu. aduh la....pening2...
nasib baik suami tak marah. dia kata perkara yg lps biar jadi teladan n jadi peringatan supaya kita sentiasa beringat dalam melakukan ape saje pekerjaan.
tp kereta tu masih lagi dalam keadaan kritikal...maklumlah xde mata kedua...esok insyaALLAH aku ke Kuala Terengganu...pergi betulkan cermin tu. kesian kereta comel aku tu...mesti dia tgh mengerang kesakitan lagi....maaf kan aku ye kereta comel...
tak sempat nak amik gmbr pagi td...esok klu berkesempatan aku amik gambar...tepek kat cni...nk tunjukkan keparahan kereta comel aku tu....waaaaaa......sedihnya aku...
Sunday, August 3, 2008
Cik Ti & Cik Cen II
Tuesday, July 15, 2008
Cik Ti & Cik Cen

Thursday, July 10, 2008
Hari Jadi or Hari Lahir?


Tuesday, July 8, 2008
air mineral 1.5 L dan limau 5 biji (Jilid II)
x pe la...bersabar je la, usaha yang mampu aku buat setakat ni. Nak buat mcm mana...ALLAH belum nak bagi rezeki yang satu itu. Ayah dan mak, maktuk dan tuk dah start tanya itu ini. x pe la...belum rezeki lagi...
Sayang maaf
Monday, July 7, 2008
Penat
Hari ni 7 Julai 2008, hari yang sungguh memenatkan. Mana taknya, hari ni hari pendaftaran pelajar baru. Ramai sungguh pelajar baru yg datang mendaftar. Dan yang paling seronok ialah ramai student dari luar Terengganu dan Kelantan....yahoooooooo...dan yang paling syoknya ramai juga student dari Sabah dan Sarawak.
Dalam pada busy membantu dalam pendaftaran pelajar baru ni, kesian tengok ibu bapa yang begitu bersungguh2 membantu mengangkat barang2 anak2 yang nak sambung belajar ni. Harapan agar anak2 ni menghargai jasa ibu bapa ni. Sbb bukan apa, banyak dah kes kat sini or may b kat tempat lain, anak2 bukannya belajar tetapi buat 'kerja lain'. Nauzubillah...
Anyway...good luck semua
Sunday, July 6, 2008
Aku dan Keje
Aku? Masih bersendu...smlm hubby hntr aku balik sini, tp sampai Kuantan je la sbb xde tiket balik Johor dari Dungun. Aku pulak teruskan perjalanan dari Kuantan ke Dungun seorang diri. waaaaaa......sedihnya...
Azam baru untuk semester ni adalah untuk isi borang tukar tempat keje. Berdoa sangat agar semester baru ni borang berpindah aku disokong oleh pengarah...Amin
Thursday, July 3, 2008
Wayang, Hubby n Me
Ingat nk tgk Hancock hari ni but rasanya xdpt kot sbb nk balik rumah mak sebelum balik Terengganu lagi :( (waaaaaaaaaaaaaaa tak nak balik)
ok berbalik dgn 3 movies yang aku tgk ni, aku nk suggest pergi la tgk crite Get Smart tu... Pecah panggung dgn gelak tawa audience. Gamat giler. Aku pun xpernah gelak kuat2 macam tu selama aku tgk wayang ni. Mmg syok abis dgn gelagat MAX aka agent 86 n agent 99...Tweety Bird (kawan hubby) kata release semua tension keje dia. Sebuah filem yg tak perlu pemikiran...santai abis...
Hulk pulak ok2 je...tp crite Wanted tu mcm ade sesuatu yg x kena je wlwpun dia guna Angelina Jolie as the attraction. Tp sebenarnya bukan movies tu yg penting. Yg paling penting adalah aku menghabiskan masa cuti aku dgn hubby dengan sepenuhnya. Sabtu ni dah nk balik Terengganu, bila lagi la aku nk menghabiskan masa dgn hubby mcm ni lagi...10th July my birthday, movie Hellboy II pulak bakal ditayangkan...tp xdpt la aku tgk crite tu dgn hubby...
Wednesday, June 25, 2008
Nak Buat Ape Ni..?
Sekarang pukul 11.20 am. So jap lagi nk kemas bilik, pastu tgk tv, pastu tgk tv, tgk tv lagi dan tgk tv sampai hubby balik pukul 6pm nnt. Huhu..bosannya...tolong2...
Friday, June 20, 2008
Happy 32nd Birthday Sayang...
Sunday, June 15, 2008
PTK
Wednesday, May 28, 2008
air mineral 1.5 L dan limau 5 biji
Wednesday, May 21, 2008
(+) + (-) sama dengan negatif
Hari ni gi dgr ceramah tntg "Nilai-nilai Murni dalam Budaya Kerja Cemerlang" daripada Utz. Nasaruddin B. Abdul Aziz dari YPEIM...alhamdulillah..lama sudah x dgr ceramah2 macam ni...hr ni t'gerak hati utk pergi...
Ceramah yang diberi begitu mencuit hati...banyak yg diceramahkan tu terkena ke 'batang hidung sendiri'...tp yg paling berkesan di hati mengenai positif tambah negatif...negatif la jawapannya...ianya lebih kepada kita manusia ni...bnyk yg berburuk sangka, tak kira apa yg ada di sekeliling kita. Dalam dok kita b'buruk sangka, mengata dan yg seangkatan dgnnya, kita x sedar bhw yg kita buat tu salah...terkadang2 kita b'kata tntg keburukan orng kononnya utk peringatan diri ttp kita x sedar bhw kita sbnrnya telah membuat dosa.
Ada benarnya, sbnrnya diri ini dan may b diri anda2 di luar sana tidak sedar bahawa bnyk yg kita buat tu lebih kepada positif tambah negatif= negatif. Lebih menjurus kepada kemudaratan berbanding kebaikan...renung-renungkan...:)
Monday, May 12, 2008
Cantik Di Mata ALLAH

- Menjaga perkataan. Tidak bercakap kasar, sinis, atau dengan kata lain, menyakitkan hati orang lain sama ada dengan bahasa keras atau sindiran.
- Menjaga perlakuan. Menjauhi perlakuan kasar, bengis yang tidak selari dengan peribadi Muslimah.
- Anggota tubuh sentiasa dibasahi air wuduk.
- Jangan tinggalkan solat lima waktu (sekiranya dalam keadaan suci).
- Memakai pakaian yang sopan, tidak menjolok mata dan bersih.
- Selalu berfikiran positif.
- Membanyakkan zikir, selawat dan membaca al-Quran.
- Berbaik sangka dengan orang lain dan tekanan yang menghimpit.
- Berbaik sangka dengan ALLAH, termasuk dengan segala ujian yang ALLAH beri.
- Jangan abaikan amalan berdoa, memohon kebaikan dan hindari keburukan.
**petikan dari Majalah Nur (Oktober 2006)
Thursday, May 8, 2008
Special Dedication....Qim
Sedang aku belek2 pictures dalam hp aku...tup tup aku nampak picture kat bawah ni...rasa mcm sesuai je aku bg kat ko..heheh...
Ko jangan lupa aku yek....sbb aku akan sentiasa ingat ko as my friend...sbb aku ada memori terbaik masa bersama dengan ko...tp aku x tau la ko pun rasa yang sama jugak or not...heheh :p
Umar n Umayair...sayang...

Aku punya pulak bila yek...? Belum ada rezeki lagi. InsyaALLAH ada rezeki tu ada la
